Financial Architecture & Tax Advisory
Kami bantu usahawan Enterprise hingga Korporat Sdn Bhd membina sistem rekod kemas, menyelamatkan akaun tertunggak, menguasai mandat E-Invois LHDN, menjimatkan cukai secara sah, dan menyediakan penyata kewangan sedia-pinjaman bank.
Ketahui risiko audit LHDN & potensi penjimatan cukai syarikat dalam masa 1 minit.
Kebanyakan perniagaan gagal berkembang bukan kerana jualan tidak laku, tetapi kerana kebocoran senyap di bahagian perakaunan dan percukaian.
Keliru antara untung atas kertas (P&L) dengan baki tunai sebenar. Duit tersangkut pada hutang pelanggan yang tak dikutip dan margin jualan yang salah dikira.
Resit kertas haba dibiarkan dalam kotak hingga pudar dan hilang. Bila LHDN audit, semua perbelanjaan dibuang dan dikenakan penalti Seksyen 140.
Tiada struktur gaji rasmi pengarah. Mewujudkan baki "Directors' Advance" yang besar dan berisiko dikenakan faedah nosional cukai oleh LHDN.
Sengaja lapor akaun rugi semata-mata nak elak cukai. Akhirnya bila nak beli kilang, rumah, atau mohon overdraf bank, skor DSR gagal total.
Pening beza B2B vs Consolidated B2C e-Invois, pelanggan enggan bagi maklumat IC/TIN, dan tertekan disuruh beli software mahal.
Salah anggar cukai syarikat Sdn Bhd lebih 30% daripada cukai sebenar menyebabkan penalti automatik 10% di bawah Seksyen 107C.
Pilih struktur sokongan yang menepati skala dan objektif kewangan syarikat anda.
Sesuai untuk Enterprise, Peniaga Online, Freelancer & Gerai (Jualan < RM300k).
Sesuai untuk Sdn Bhd & Enterprise berkembang (Jualan RM300k - RM3 Juta).
Syarikat Jualan > RM3 Juta, Syarikat Projek, Kontraktor & Francais.
Ramai usahawan terkeliru menyangka mereka wajib membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli sistem ERP yang rumit. Hakikatnya, kerajaan telah menyediakan **Portal MyInvois secara percuma**.
Kami sediakan langkah demi langkah bagaimana staf anda patut mengumpul maklumat pelanggan (TIN/IC) dan mengeluarkan invois.
Bagi peniaga runcit, restoran, dan e-dagang di mana pembeli tidak mahu invois individu, kami bantu sediakan format gabungan bulanan yang sah di sisi LHDN.
Untuk volum transaksi sederhana hingga tinggi, kami sediakan template muat naik pukal (bulk upload CSV) tanpa perlu kunci masuk satu-persatu.
Kami akan menyemak nisbah aliran tunai, memeriksa risiko penalti LHDN, dan mencadangkan struktur penjimatan cukai korporat yang sah tanpa sebarang bayaran tersembunyi.
Pilih tarikh & masa yang sesuai untuk sesi Google Meet.
Kemukakan maklumat ringkas operasi & isu kewangan semasa.
Terima Laporan Diagnostik & Pelan Tindakan Pemulihan.
*Terhad kepada 15 syarikat pertama setiap bulan bagi menjaga kualiti bimbingan.